![]() |
Laman Utama Kaedah Rawatan Operasi Klinik Peta Lokasi Farmasi Susah Hamil Testimonial E-mel Saya Borang Maklumbalas |
Kaedah Rawatan
1. Pengesanan PenyakitUntuk setiap pesakit kami terlebih dahulu akan membuat analisa kesihatannya. Ini dilakukan dengan mengambil sedikit potongan RAMBUT. Dengan menggunakan Radionic Analytical Computer, dari cebisan rambut tadi akan dapat diketahui gangguan yang dialami, puncanya dan juga tahapnya. Oleh itu untuk pesakit yang tidak dapat hadir kami hanya perlukan beberapa helai rambut untuk memberikan rawatan.2. Proses RawatanKemudian menggunakan alat tadi juga kami akan memilih penawar homeopathy yang paling sesuai untuk diambil oleh pesakit. Penawar homeopathy yang kami beri disediakan dengan menggunakan Electro Vibro Potentiser (EVP) yang dilengkapi dengan Auto Solitron Laser (ASL) untuk mendapatkan potency atau kekuatan ubat yang paling sesuai untuk pesakit tadi. Penyedian ubat homeopathy melalui kaedah ini, alhamdulillah, didapati berkesan. Melalui kaedah ini ubat homeopathy kami disediakan tanpa menggunakan 'tincture' yang mengandungi alkohol.Haruslah diingat bahawa di dalam sistem rawatan semulajadi (natural medicine) seperti homeopathy, penawar-penawar yang diberikan akan membantu untuk menguatkan tenaga hayat (vital force) seorang pesakit. Ianya berfungsi untuk memulakan proses penyembuhan. Kaedah ini membantu pesakit untuk pulih secara sendiri dan insyaallah penyembuhan dirinya tadi adalah secara menyeluruh dan bukan terbatas kepada sesuatu organ. 3. Rawatan IntensifSebagai tambahan kami juga merawat dengan kaedah Radiobiology Therapy, di mana dengan menggunakan alat Multiple Wave Oscillator (MWO) gelombang radiobiology (seumpama gelombang magnet) diarahkan terus ke bahagian yang sakit. Mengikut kaedah ini sel-sel yang sakit tadi akan teransang dan terus bertindak untuk pemulihan. Rawatan intensif ini dijalankan untuk selama 7 hari. Kaedah ini banyak membantu pesakit-pesakit kronik dan mereka yang sedang di dalam kesakitan.KESIHATAN TANPA DADAH ! |