|
|
Laman Utama Kaedah Rawatan Operasi Klinik Peta Lokasi Farmasi Susah Hamil Soalan Lazim E-mel Saya Borang Maklumbalas |
Belum Hamil Lagi?"SAYA berusia 35 tahun dan sudah lapan tahun berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak. Saya mempunyai penyakit endometriosis dan sudah dua kali menjalani pembedahan laparotomi serta mengambil suntikan…. Empat kali menjalani rawatan kesuburan secara IUI tetapi masih juga belum hamil…...""Ingin Mengandung", Kuala Lumpur Assalamualaikum wm wb. ![]() Pada Oktober tahun 2004, seorang wanita bernama Puan Hani telah datang ke klinik saya bersama suaminya. Masalah yang beliau hadapi lebih kurang sama dengan masalah di atas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada bulan berikutnya, beliau mengandung anak yang sulung dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 hb Julai 2005. Didorong perasaan ingin menolong, Puan Hani telah menceritakan kisahnya di dalam sebuah forum internet, sebagai menjawab soalan seorang wanita yang telah kebuntuan dan kehabisan wang menjalani rawatan kesuburan. Tidak lama kemudian, ramai pasangan yang mengikuti perkembangan forum tersebut datang berjumpa saya, dan ramai daripada mereka yang kini sudah melalui atau sedang menunggu saat indah kelahiran seorang cahaya mata. Sebenarnya kisah dan tindakan Puan Hani lah yang telah memberi inspirasi kepada saya untuk membina laman web ini.Harapan saya agar laman web ini dapat menolong pasangan suami isteri yang bermasalah mendapat cahaya mata, supaya mereka dapat merasai kenikmatan menimang anak seperti yang dirasai oleh Puan Hani. Walaubagaimana pun, perlu ditegaskan di sini bahawa saya tidak dapat menjanjikan apa-apa, kerana rezeki hanya di tangan Allah. Saya juga bukan sesekali seorang “doctor ajaib”!. Saya cuma berusaha dengan kudrat seorang manusia biasa berpandukan ilmu yang ditimba bertahun-tahun, dan keyakinan bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.
KESIHATAN TANPA DADAH !
|